Mencari-cari kerja. Dimanakah? :)

Follower

Monday

Senyuum = _____________ =

Seronok sangat beraya sampai 
dah terlupa na wish kat hampa semuaa .

SELAMAT HARI RAYA :)

Haha . Lambat sangat tak ? Tak kodd . 
Raya kan sebulan . Haha .
Kami sibokk sangat beraya sampai ta sempat
na berfesbook pon .


Sempena hari raya ni Ana nak menyusun 
10 jari memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki .
Kalau ada salah dan silap,terlanjur kata , 
tersalah laku atau ada coretan Ana yang menyinggung 
perasaan anda selama ni . 
Sama ada secara sengaja atau tidak sengaja 
Ana minta maaf .


Bermaaf-maafan kan sifat yang mulia .
kenapa perlu takut atau ego 
untuk mohon maaf atas kesilapan kita sendiri ?
Tahu tak kalau kita buat sesuatu kesalahan
kat seorang individu dan tak minta maaf
( ketika di dunia ) atau individu tersebut
tak memaafkan kesalahan kita tu , jenuhlah
kita kena cari dia nanti kat Padang Masyar
untuk minta keampunan atas kesalahan kita tu.
Kita tak tahu bila ajal akan sampai jadi ,
its better to be safe than sorry.


Dosa atau kesalah kita yang paling simple ,
common and mudah adalah dosa mengumpat. buat ketupat
raya tu bagus tapi jangan la
" buat ketupat " lain .
iaitu mengumpat. memang kita tak lari
dari mengumpat tentang orang lain secara
sengaja atau tidak sengaja , sedar ataupn tidak tapi ingatlah,
Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S. A. W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri"(Hadis riwayat Abu Daud)



 
Orang yang mengumpat akan mendapat 
kerugian besar pada hari akhirat . 
Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan 
sebagai perbuatan menghapuskan pahala . 
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud :  
"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering"
Pahala yang dikumpulkan sebelum itu 
akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya 
api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.



tidak lupa juga dosa kita menyebarkan FITNAH kepada sesama manusia.
Fitnah tu lagii la teruk dari mengumpat.



No comments:

Post a Comment